Wednesday, April 1, 2009

Jaulah Tarbawiyah Terengganu..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kabare semua...diharapkan semua dalam keadaan yang waras imannya, jasad, juga akal.
Agak sibuk lately dengan hal-hal di pejabat..(buat2 sibuk)..ketika ini barulah merasakan bahawa kecemerlangan akademik kita tu hanyalah sedikit sahaja yang akan digunakan di alam kerjaya ini.IQ@academic qualification kita mungkin penting time nak mohon kerja ajer, tapi bila dah mula kerja,EQ and SQ adalah sangat penting.

Tak nak ulas panjang2...hehehe...hari ni nak share tentang Jaulah Tarbawiyah Terengganu ana bersama sahabat2 pemuda dari utara.
~Di perhentian Titiwangsa~

Ana bersama 6 orang lagi telah berjaulah ke terengganu pada 20 dan 21 Mac yang lalu. Bersama-sama ana adalah:
1. Ust 'Ali 'Irfan (Pensyarah UiTM)
2. Ammar Ahmad (R&D Sony)
3. Ust. Akhyar Farid (KUIN)
4. Yazid Tarmizi (TEYL, UUM)
5. Suhaib Shafie (Guru, SMAT)
6. Ust. Anas Mokhtar (KUIN)

Kami memulakan perjalanan dari rumah ana pada pukul 9.00 pagi dan telah menaiki van kesayangan ayah ana.
~JES14 yang sangat berjasa~

Kami telah berhenti di Hentian Titiwangsa untuk menunaikan solat Zohor dan Asar. Suasana ketika agak dingin. Tenang ajer. Sempat la ambik beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Kota Bharu lebih kurang dalam pukul 5 ptg. Kami bermalam di bilik tamu, Kolej Teknologi Darul Naim pada malam itu.

~Jutaan terima kasih buat pihak KTD~

Pada malam itu kami telah membuat lawatan kunjung hormat ke Kolej Kediaman Pelajar Panchor dan juga Tanjung Chat. Alhamdulillah kami dapat bertemu dengan Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD, Tn. Hj. Rosdi B. Baharom selepas solat Isya' di Tanjung Chat. Banyak nasihat dan perkongsian yang telah kami perolehi ketika sesi sharing itu. Benarlah, sesungguhnya pengalaman dan kata-kata orang yang berjuang di jalan Allah dengan ikhlas ini akan membuatkan kita mengalirkan air mata dan juga tertanya-tanya bagaimanakah beliau sampai ke tahap ini dan bagaimanakah kita untuk sampai ke tahap beliau. Satu sesi sharing yang amat mengesankan!

Pada keesokan paginya setelah bersarapan dengan roti tempayan di KB, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu. Ana melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang perjalanan itu kerana kami terpaksa mencari jalan untuk ke sana. Jazakallah diucapkan kepada Cik Asiah KTD yang banyak membantu dalam memberikan panduan sehingga kami dapat mencari jalan pantai untuk ke Terengganu.

Kami ke Terengganu sebenarnya sempena perkahwinan En. Rabbani (HEP, KTD) dan juga Pn. Mumtazah (Pensyarah, KTD) di Losong, Terengganu. Alhamdulillah, kedua-dua mempelai ini dah banyak memberikan kesan kepada diri ana sepanjang perkenalan dengan mereka berdua di alam Universiti dan juga alam kerjaya. Sangat aktif dalam Da'wah dan Tarbiyah dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri masing-masing. Murabbi dan Murabbiyah yang Dahsyat!
~Pengantin lelaki melayani tetamu~
~Bersama Mak Mertua~
~Murabbi dan Murabbiyah~
~3 Sahabat dari UTM~

Tidak lupa juga nak ucapkan tahniah dari kumpulan nasyid As-Solihin dari KTD yang telah membuat persembahan yang sangat baik di bawah kelolaan En. Zaini (Pengurus Selenggara, KTD) ketika menyerikan majlis walimatul urus ini.
~As-Solihin membuat persembahan~
~En. Zaini sentiasa memberikan yang terbaik~

Selepas solat zohor, kami bergerak pulang tetapi sebelum tu, kami sempat singgah di Perkampungan Keropok di Losong. Dan juga mengambil gambar Masjid Kristal(dari jauh). Tapi kami tertanya-tanya, kenapa buat 2 masjid yang berdekatan...terlalu berdekatan.~Terlalu dekat...ada 2 jemaah ker?~

Kami sampai di Kedah dalam pukul 3 pagi. Ana sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Jadi hanya ada 1 jam lebih untuk rest kerana nak pergi kerja plak pukul 7 pagi.

Jadi sepanjang perjalanan, banyak yang ana belajar. Antaranya ialah:
1. Jadikan setiap aktiviti kita terancang. Kami boleh ajer buat macam jalan-jalan biasa, tapi bila diformalkan, banyak yang kita dapat susun untuk berikan kita kesan dari sudut Tarbiyah.
2. Ukhuwah yang terbina makin kemas.
3. Sharing dari sudut tarbiyah berlaku sepanjang perjalanan. Meningkatkan syu'ur untuk berda'wah dan istiqamah di atas jalan ini.
4. ANA MAKIN SAYANG SAHABAT-SAHABAT ANA!

Jadi, buat yang lain, marilah kita jadikan setiap aktiviti kita bernilai di sisi Allah. Bukannya susah, cuma perlukan sedikit pengorbanan. Menyebut tentang pengorbanan, bagi jaulah ini, setiap peserta telah membuat pengorbanan dengan tontong (share) minyak. Alhamdulillah kami juga telah menerima sumbangan dari pihak HALUAN Kedah. Jazakallah khairan Kathira diucapkan di atas sokongan HALUAN.

Moga jaulah ini memberikan manfaat kepada semua. Nanti Insya Allah kita akan buat jaulah lagi...mungkin ke Johor ke..Pahang ke..atau mungkin luar negara seperti Indonesia!..insya Allah

4 comments:

  1. Salam.. Ya akhi.. yang disayangi kerana Allah.. Jazakallah kerana dapat susun jaulah ke Terengganu.. Mudahan kita dapat bersua kembali di puncak Dakwah dan Tarbiyah..

    ReplyDelete
  2. apa em...rabbani?

    ReplyDelete
  3. assalam
    Keifhal? nta ad publish gmbr "ad 2 jemaah ke?" itu bukan masjid tpi dewan konvensyen baru yang pernah berlangsungnye tilawah peringkat antarabangsa 2008 ...
    Ana uhibbuka lillah taala
    Wslm
    Abd salam

    ReplyDelete