Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

Jaulah Tarbawiyah Terengganu..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kabare semua...diharapkan semua dalam keadaan yang waras imannya, jasad, juga akal.
Agak sibuk lately dengan hal-hal di pejabat..(buat2 sibuk)..ketika ini barulah merasakan bahawa kecemerlangan akademik kita tu hanyalah sedikit sahaja yang akan digunakan di alam kerjaya ini.IQ@academic qualification kita mungkin penting time nak mohon kerja ajer, tapi bila dah mula kerja,EQ and SQ adalah sangat penting.

Tak nak ulas panjang2...hehehe...hari ni nak share tentang Jaulah Tarbawiyah Terengganu ana bersama sahabat2 pemuda dari utara.
~Di perhentian Titiwangsa~

Ana bersama 6 orang lagi telah berjaulah ke terengganu pada 20 dan 21 Mac yang lalu. Bersama-sama ana adalah:
1. Ust 'Ali 'Irfan (Pensyarah UiTM)
2. Ammar Ahmad (R&D Sony)
3. Ust. Akhyar Farid (KUIN)
4. Yazid Tarmizi (TEYL, UUM)
5. Suhaib Shafie (Guru, SMAT)
6. Ust. Anas Mokhtar (KUIN)

Kami memulakan perjalanan dari rumah ana pada pukul 9.00 pagi dan telah menaiki van kesayangan ayah ana.
~JES14 yang sangat berjasa~

Kami telah berhenti di Hentian Titiwangsa untuk menunaikan solat Zohor dan Asar. Suasana ketika agak dingin. Tenang ajer. Sempat la ambik beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Kota Bharu lebih kurang dalam pukul 5 ptg. Kami bermalam di bilik tamu, Kolej Teknologi Darul Naim pada malam itu.

~Jutaan terima kasih buat pihak KTD~

Pada malam itu kami telah membuat lawatan kunjung hormat ke Kolej Kediaman Pelajar Panchor dan juga Tanjung Chat. Alhamdulillah kami dapat bertemu dengan Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD, Tn. Hj. Rosdi B. Baharom selepas solat Isya' di Tanjung Chat. Banyak nasihat dan perkongsian yang telah kami perolehi ketika sesi sharing itu. Benarlah, sesungguhnya pengalaman dan kata-kata orang yang berjuang di jalan Allah dengan ikhlas ini akan membuatkan kita mengalirkan air mata dan juga tertanya-tanya bagaimanakah beliau sampai ke tahap ini dan bagaimanakah kita untuk sampai ke tahap beliau. Satu sesi sharing yang amat mengesankan!

Pada keesokan paginya setelah bersarapan dengan roti tempayan di KB, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu. Ana melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang perjalanan itu kerana kami terpaksa mencari jalan untuk ke sana. Jazakallah diucapkan kepada Cik Asiah KTD yang banyak membantu dalam memberikan panduan sehingga kami dapat mencari jalan pantai untuk ke Terengganu.

Kami ke Terengganu sebenarnya sempena perkahwinan En. Rabbani (HEP, KTD) dan juga Pn. Mumtazah (Pensyarah, KTD) di Losong, Terengganu. Alhamdulillah, kedua-dua mempelai ini dah banyak memberikan kesan kepada diri ana sepanjang perkenalan dengan mereka berdua di alam Universiti dan juga alam kerjaya. Sangat aktif dalam Da'wah dan Tarbiyah dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri masing-masing. Murabbi dan Murabbiyah yang Dahsyat!
~Pengantin lelaki melayani tetamu~
~Bersama Mak Mertua~
~Murabbi dan Murabbiyah~
~3 Sahabat dari UTM~

Tidak lupa juga nak ucapkan tahniah dari kumpulan nasyid As-Solihin dari KTD yang telah membuat persembahan yang sangat baik di bawah kelolaan En. Zaini (Pengurus Selenggara, KTD) ketika menyerikan majlis walimatul urus ini.
~As-Solihin membuat persembahan~
~En. Zaini sentiasa memberikan yang terbaik~

Selepas solat zohor, kami bergerak pulang tetapi sebelum tu, kami sempat singgah di Perkampungan Keropok di Losong. Dan juga mengambil gambar Masjid Kristal(dari jauh). Tapi kami tertanya-tanya, kenapa buat 2 masjid yang berdekatan...terlalu berdekatan.~Terlalu dekat...ada 2 jemaah ker?~

Kami sampai di Kedah dalam pukul 3 pagi. Ana sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Jadi hanya ada 1 jam lebih untuk rest kerana nak pergi kerja plak pukul 7 pagi.

Jadi sepanjang perjalanan, banyak yang ana belajar. Antaranya ialah:
1. Jadikan setiap aktiviti kita terancang. Kami boleh ajer buat macam jalan-jalan biasa, tapi bila diformalkan, banyak yang kita dapat susun untuk berikan kita kesan dari sudut Tarbiyah.
2. Ukhuwah yang terbina makin kemas.
3. Sharing dari sudut tarbiyah berlaku sepanjang perjalanan. Meningkatkan syu'ur untuk berda'wah dan istiqamah di atas jalan ini.
4. ANA MAKIN SAYANG SAHABAT-SAHABAT ANA!

Jadi, buat yang lain, marilah kita jadikan setiap aktiviti kita bernilai di sisi Allah. Bukannya susah, cuma perlukan sedikit pengorbanan. Menyebut tentang pengorbanan, bagi jaulah ini, setiap peserta telah membuat pengorbanan dengan tontong (share) minyak. Alhamdulillah kami juga telah menerima sumbangan dari pihak HALUAN Kedah. Jazakallah khairan Kathira diucapkan di atas sokongan HALUAN.

Moga jaulah ini memberikan manfaat kepada semua. Nanti Insya Allah kita akan buat jaulah lagi...mungkin ke Johor ke..Pahang ke..atau mungkin luar negara seperti Indonesia!..insya Allah

Thursday, March 19, 2009

Seringkali kita....

Seringkali kita menginginkan
sebuah RUMAH yang hebat....
Ada kolam,
Ruang yang besar untuk seisi keluarga,
Hiasan dalaman yang cantik dan mewah,

Tetapi seringkali kita lupa....
Rumah kita di akhirat nanti,
Di SYURGA .....
atau
Di NERAKA .....
Tidak inginkah kita mendapatkan ISTANA-ISTANA di sana?

Maha Suci (Allah) yang jika dia menghendaki niscaya dijadikan-Nya bagimu yang lebih baik dari yang sedemikian, (yaitu) syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikan-Nya (pula) untukmu ISTANA-ISTANA.
(Al-Furqan: 10)




Seringkali kita menginginkan
Umur yang panjang...
Agar kita dapat bersukaria,
Bermain bermesra,
Menikmati nikmat dunia yang dikurniakan-Nya,
Hidupnya hanya sekali..
Mari kita enjoy!!
Begitulah kata-kata dalam sitcom PUTERI..

Tetapi kita seringkali lupa...
Hidup ini bukanlah yang abadi,
Kita tetap akan pergi,
Hidup yang kekal hanyalah di akhirat nanti,
Tidak mahukah kita hidup kekal abadi,
bersama Illahi?

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan di dunia ini (dibandingkan dengan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
(At-Taubah: 38)

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki
(Al-'Imran:169)

Bersamalah kita jadikan dunia ini ladang untuk kita mencari tanah, menggembur, meracun, membaja, menanam, dan juga menjaga amal kita
supaya kita dapat menuai hasil kita nanti di akhirat sana.



Tuesday, March 3, 2009

KTD dan UUM


Daripada Kelantan ke Kedah di dalam eksplorasi kesinambungan ubudiyah kepada Allah.

Alhamdulillah hari ini merupakan hari ketiga berada di UUM. It's a whole new experience even though UUM used to be my playground since my father works here.

Well, there are lots of new things to be learned, new working culture, new office mates, new time table and everything is new so lots of time had to be spent just to adapt with this new environment.
It's too early for me to make any comment on how things here compared with in KTD. But one thing for sure, the development of infrastructure has to be hand in hand goes with the development of human capital. When it comes to human capital we have to ponder for a while, what is actually human capital actually means?

"Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan."
(http://www.pmo.gov.my/modalinsan/index.html)

Jika kita lihat daripada quotation di atas, Malaysia ingin melahirkan generasi yang "sempurna". Tetapi adakah kita melihat inilah yang lahir dari pusat-pusat pengajian tinggi kita?Kita tidak menafikan lahirnya individu yang berilmu, berkeyakinan,tetapi adakah individu mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing?

Apakah sebenarnya yang berlaku di bilik-bilik kuliah yang berada di bangunan-bangunan yang gah?

Sebenarnya apakah yang kesan daripada sistem pendidikan yang kita ada sekarang?

Adakah ia merupakan satu hasil yang gagal?

Di manakah silapnya?


Ada beberapa aspek yang ana lihat menjadi the X-Factors of the success of tarbiyah in KTD. I know it's too early to say it's a success but for me we have to celebrate this little success in order to generate bigger success. (meraikan kemenangan-kemenangan yang kecil)

1. Biah Solehah (supportive and constructive environment)
The environment should not be only supportive but also constructive in terms of instilling good behaviour (syakhsiah Islamiah), supportive towards encouraging of good deeds and discourage people to do bad deeds (amar ma'ruf nahi munkar). In many places only one part is done and that is amar ma'ruf (encourage good deeds). Whereas the other part is twisted where it becomes amar munkar (encourage bad deeds). Selalu jadi begini sebagai contoh, ceramah agama disuruh buat tetapi dalam masa yang sama Battle of the Bands turut disuruh buat dan bila ada yang menegur maka akan dicop extremist dan sebagainya. Bila lahirnya suasana yang baik sebegini, apa yang kita buat semuanya akan terarah kepada mencari redha Allah. Peningkatan diri akan sentiasa berlaku kepada penghuni di dalamnya. Perasaan takut untuk berubah akan menjadi satu cabaran tetapi insya Allah akan dapat di atasi dengan tenang. Tetapi andai kata tiada biah solehah, perancangan serta program di dalamnya akan terpesong dari mencari redha Illahi. Keinginan untuk berubah akan dipadamkan dengan jahiliyyah yang mencengkam dan akhirnya kefasadan akan semakin menjadi-jadi. Tiada kebaikan yang akan diperolehi melainkan ia akan menjadi suatu perkara yang asing di hati.


2. Murabbi Mithali (Good Teacher)
Pendidik (murabbi) ini perlulah menjadi contoh (qudwah) kepada mutarabbi (students). This is very important, we don't want like the proverb says: Ketam mengajar anaknya berjalan straight. The murabbi must set an example that could be followed by the students. If not, whatever the murabbi teaches will not be effective, since he himself does not set a good example. The companion saw that Prophet Muhammad (pbuh) was the best example that could be followed. He taught them how to behave and act in accordance with the Islamic teachings. Is this what happened in the educational system nowadays?Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

3. Manhaj (Syllabus)

The last one is very important. Silibus merupakan sistem bagaimana sesuatu organisasi itu berfungsi. Ibarat kata kalau sistem sesebuah Mercedes itu tidak dapat berfungsi dengan elok dan boleh membawa kecelakaan jalanraya maka selayaknya ia berada di scrap yard andai kata ia tidak dibaiki. Begini juga dengan sistem pendidikan kita. Andai kata kita tidak memperbaiki sistem yang ada ini, selayaknya kita menggantikan dengan sistem yang lebih baik. Nilailah semula adakah sistem yang kita ada boleh menjana pemuda-pemudi yang akan mempunyai modal insan yang seperti kita harapkan atau akan hanya menjadi useless genius? Andai nak disenaraikan di sini, amat memalukanlah dengan prestasi akhlak mahasiswa-mahasiswi kita? I've always asked this question to my students: Are you proud to be a Mahasiswa?What are you proud of being a Mahasiswa?
Adakah mahasiswa kita hanya akan keluar menjadi robot-robot yang berusaha keras dalam sistem semata-mata untuk mencari sesuap nasi?

"the goal is not merely to transmit information but to transform the child into a confident, capable young Muslim with a tauhidic, God-centered, outlook on life"

Ponder upon this..........