Tuesday, December 22, 2009

Sekian lama menyepi..kini daku kembali..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Semasa catatan ini ditulis, ana tengah jaga exam.. alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar. Buat pengetahuan semua hari ini merupakan genap sebulan selesainya perkahwinan ana. Alhamdulillah rasa amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan nikmat yang tak terhingga banyaknya: Iman, Islam, Fikrah dan juga Isteri yang baru dinikahi. ALHAMDULILLAH!!!


Walaupun kami Allah izin duduk berjauhan, kini isteri ana masih di Bangi buat diploma pendidikan di KPTM, tapi Allah izin perasaan rindu itu semakin mendalam..susah nak huraikan, dah kawin baru tau.=)


"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)


Baru-baru ni ana kongsi sesuatu dalam kelas ana dengan students..bab kawin la..seronok la budak-budak tu sembang pasal ni..ana cakap kat diorang, seorang suami ini bila dia kawin bukan dia nak harapkan sangat si isteri tu gosok baju dia, lipat baju, memasak, dan buat kerja2 rumah yang lain... tapi apa yang diharapkan ialah sesorang yang dapat berfikiran kritikal dan dapat berkongsi idea dengan suaminya dalam perbincangan...bukanlah yang hanya mengiyakan@menolak pandangan kita tanpa ada pertimbangan..(bouncing/brainstorming ideas)


Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."


Alhamdulillah..ana rasa satu nikmat yang amat sangat bila perkara ini berlaku sendiri kepada ana..syukur kepada Allah kerana dikurniakan seorang permaisuri yang menjadi penunjuk jalan di kala kita kelam.


Naper ana cakap macam ni, begini kisahnya....

Sehingga dua hari lepas, duit gaji dalam bank hanya tinggal RM588.00. ana rasa risau dan gelisah ketika tu. Yelah, mana taknya, minggu depan ni dah nk p Melaka kenduri Amru ngan Khalid. Macam-macam dok fikir time tu, cuma terlupa nak fikir tentang Allah.=(..

Allah susun ada seorang colleague cakap kata ada bisnes yang boleh bg pulangan yang banyak dalam waktu yang singkat la..MLM..ana pun time tu terus terima..tanpa fikir panjang akan consequences in the future..ingat kalau ada duit time tu akan dapatla bantu institusi jemaah dan keluarga..walaupun hati ini terus bercelaru..bolehkah buat ni?sahabat2 tak buat ni..program nanti macam mana?adakah ana akan terlalu sibuk sampai tak sempat nak p program..dan sebagainya..tetapi sebab duit punya pasal, ana teruskan juga...


Semalam, ana merasakan satu kesalahan ana tak citerkan hal ni pada isteri ana..jadi ana pun call dia..ALLAHUAKBAR!!...

sesuatu yang keluar hanya dari mulut orang-orang yang telah ditarbiyah, yang mengikuti halaqah, tamrin dan lain-lain...kata-kata yang menyedarkan ana dari lamunan..

"Kanda...rumah tangga kita ini memerlukan KEBERKATAN dari Allah!!!"

ya...ana terlupa...dengan masuk MLM tu ana pun akan terpaksa membuat pinjaman bank..

"Kanda lupa ka? Hidup yang banyak berhutang akan hilang keberkatan. Itukan kata-kata kanda?"

Astaghfirullahal 'adzim....ana terlupa apabila berada di medan amal...medan kata-kata sememangnya tidak pernah sama ketika beramal..Allahuakbar..

Ana ketika tu rasa tenang amat mendengarkan kata-kata permaisuri ana...Ana diingatkan kemabali untuk meletakkan harpan pada ALLAH!! ana sesungguhnya tak expect yang sebegini...selalunya perempuan yang lain akan gembira andai kita buat sesuatu yang boleh menambahkan ketebalan poket kita..tapi bukan buat isteri ana..pujian syukur terus ana panjatkan kepada Allah dan pujian terima kasih buat isteri ana...YA ALLAH ALHAMDULILLAH!!



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani


Alangkah indahnya mendapat seorang kekasih yang memahami syarak, mempunyai fikrah yang mendalam, jihad yang tinggi dan juga amat memahami suaminya..apa yang ana tulis di sini bukanlah untuk menunjuk..cuma ana rasa tak dapat simpan dalam hati ana ni betapa ana bersyukur dengan puteri Ust. Abu Hassan yang bersama-sama dengan ana ketika ini..ana harap perkahwinan ni diberkati Allah..ana harap sahabat-sahabat doakanlah perkahwinan ini bukan menjadi perkahwinan biasa tetapi perkahwinan luar biasa kerana ia terbina di atas ni untuk takwinul baitul da'wah untuk menghasilkan mujahid dan mujahidah yang akan kami serahkan untuk perjuangan ISLAM ini..ALLAHUAKBAR!!! terima kasih adindaku....

Tuesday, July 28, 2009

Salahkah dengan permintaan ini...


**Ini adalah petikan dari sebuah buku...andai boleh ku gunakannya semula...

"kanda nak isteri kanda yang akan menyokong apa yang kanda buat nanti
yang akan bagi kekuatan bila kanda lemah
yang akan menjadi penyokong dalam tindakan kanda
yang akan membantu bila kanda memerlukan
yang akan sentiasa melajukan kanda dalam da'wah dan tarbiyah
kanda mengharapkan dinda akan dapat bersama-sama ke mana-mana dengan kanda....

dinda....

salah kah dengan permintaan ini?"

Wednesday, July 22, 2009

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

22/07/2009 3:02am

DUBLIN 22 Julai - Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.
Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.
Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. - AFP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Tuesday, July 21, 2009

Cuba kira berapa Club n Disco?


Inikah suasana sebuah kota metropolitan milik sebuah "negara Islam"? Apa lagi alasan-alasan untuk kita mengakui bahawa ini adalah sebuah negara Islam?Pak Lah, adakah ini negara ISLAM HADHARI?Najib, Inikah sebuah negara modal insan kelas pertamaa?Di mana Zahid Hamidi dalam hal ini?Jamil Khir nak cakap apa pasal ni?em...mgkn kata kita tak mampu..tak dak kuasa...lebih baik ganti ngan orang lain kalau macam ni...kanak2 pun boleh jawab macam tu..=p

Sunday, July 19, 2009

Sister are you really Islam?

Oleh Azamin Amin

Bukan arahan dari mimpi kaum lelaki, lantas perintahkan wanita berpakaian comel..."
Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.Umum mengetahui, bahawa pendukung kuat 'Sisters in Islam',prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.


Terdahulu, tulisan SIS dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid).

Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap SIS ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.

Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.

Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Ini kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita.

Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini.

Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah pihak-pihak SIS orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.

Tetapi lihatlah betapa bebasnya pendukung SIS dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati.

Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Saya berpendapat bahawa SIS telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan.

Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa ?Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."

Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki.

Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki."

Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logik semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysia adalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.

Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturan tersebut.

Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.

Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan.

Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."

Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah secebis ini. Jika saya salah, perbetulkan dan mohon bertaubat.

Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri. - azm

Nota: Isu SIS telah banyak dihujahkan malah di Muktamar PAS juga ianya turut berkumandang. Artikel ini telah saya tulis dan disiarkan pada 26 April 2006. Tujuan ulasan secebis ini adalah kerana saranan seorang sahabat agar memperbetulkan pandangan khalayak pembaca terhadap Islam yang telah diputar belitkan oleh kenyataan SIS.

(Segala kritikan, teguran dan pandangan sila majukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

Wednesday, July 15, 2009

Mathematics

Email oleh : anuarani

Bismillahirrahmaani rrahiim


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn ' t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, takes a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to
give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say
they are giving more than 100%?
We have all been in situations where
someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here ' s a little mathematical formula
that might help answer these
questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God
will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get
you close, and Attitude will
get you there, It ' s the Love of God
that will put you over the top!
It ' s up to you if you share this
with your friends just
the way I did.
Have a nice day & Allah bless U!!

Monday, July 6, 2009

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

ZAMRI kecik's

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،

فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟


فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا

ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah..

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Tuesday, June 30, 2009

Emm..Chin Peng boleh balik ke idak??

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai (1989) ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Haadyai

Sunday, June 7, 2009


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah- mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dari sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

< Sumbangan Ust. Mus'ab Ghazali: Al- Azhar>

Wednesday, May 13, 2009

Money vs Love?

Assalamualaikum students..hi there..so this is the topic you are going to discuss today. What is more important in your life: MONEY OR LOVE?

Write in your comments. Please make sure you write your name. Happy discussing!!

Tuesday, April 7, 2009

Brochure Kem Anak Soleh 1 (KAS 1)


Wednesday, April 1, 2009

HIMEGA 2009 KUIS

Alhamdulillah..baru ajer balik dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) 2009. Satu pengalaman yang menarik apabila berjaulah bersama bangcik. Satu jaulah yang meningkatkan ta'aruf dan bertambahnya kemesraan. Jadi nak kongsi gambar-gambar semasa berada di sana. Buat Pengarah Program, PC, Camp Com, serta semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak, yang telah mengerahkan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit, diucapkan tahniah kepada anda semua dalam menjayakan event yang bermanfaat ini. Semoga amal diterima Allah SWT. Sesungguhnya amal yang ikhlas sahaja yang akan diterima olehNYA.
~Antara peserta HIMEGA '09~
~Saudara Khalid Al-Walid memberi taklimat berkaitan HALUAN SISWA~
~Camp Com: Lukman Hassan (UTP)~
~PC: Hafiz Zainol Abidin (UTM)~




Jaulah Tarbawiyah Terengganu..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kabare semua...diharapkan semua dalam keadaan yang waras imannya, jasad, juga akal.
Agak sibuk lately dengan hal-hal di pejabat..(buat2 sibuk)..ketika ini barulah merasakan bahawa kecemerlangan akademik kita tu hanyalah sedikit sahaja yang akan digunakan di alam kerjaya ini.IQ@academic qualification kita mungkin penting time nak mohon kerja ajer, tapi bila dah mula kerja,EQ and SQ adalah sangat penting.

Tak nak ulas panjang2...hehehe...hari ni nak share tentang Jaulah Tarbawiyah Terengganu ana bersama sahabat2 pemuda dari utara.
~Di perhentian Titiwangsa~

Ana bersama 6 orang lagi telah berjaulah ke terengganu pada 20 dan 21 Mac yang lalu. Bersama-sama ana adalah:
1. Ust 'Ali 'Irfan (Pensyarah UiTM)
2. Ammar Ahmad (R&D Sony)
3. Ust. Akhyar Farid (KUIN)
4. Yazid Tarmizi (TEYL, UUM)
5. Suhaib Shafie (Guru, SMAT)
6. Ust. Anas Mokhtar (KUIN)

Kami memulakan perjalanan dari rumah ana pada pukul 9.00 pagi dan telah menaiki van kesayangan ayah ana.
~JES14 yang sangat berjasa~

Kami telah berhenti di Hentian Titiwangsa untuk menunaikan solat Zohor dan Asar. Suasana ketika agak dingin. Tenang ajer. Sempat la ambik beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Kota Bharu lebih kurang dalam pukul 5 ptg. Kami bermalam di bilik tamu, Kolej Teknologi Darul Naim pada malam itu.

~Jutaan terima kasih buat pihak KTD~

Pada malam itu kami telah membuat lawatan kunjung hormat ke Kolej Kediaman Pelajar Panchor dan juga Tanjung Chat. Alhamdulillah kami dapat bertemu dengan Pengurus Hal Ehwal Pelajar KTD, Tn. Hj. Rosdi B. Baharom selepas solat Isya' di Tanjung Chat. Banyak nasihat dan perkongsian yang telah kami perolehi ketika sesi sharing itu. Benarlah, sesungguhnya pengalaman dan kata-kata orang yang berjuang di jalan Allah dengan ikhlas ini akan membuatkan kita mengalirkan air mata dan juga tertanya-tanya bagaimanakah beliau sampai ke tahap ini dan bagaimanakah kita untuk sampai ke tahap beliau. Satu sesi sharing yang amat mengesankan!

Pada keesokan paginya setelah bersarapan dengan roti tempayan di KB, kami meneruskan perjalanan ke Terengganu. Ana melalui pengalaman yang menyeronokkan sepanjang perjalanan itu kerana kami terpaksa mencari jalan untuk ke sana. Jazakallah diucapkan kepada Cik Asiah KTD yang banyak membantu dalam memberikan panduan sehingga kami dapat mencari jalan pantai untuk ke Terengganu.

Kami ke Terengganu sebenarnya sempena perkahwinan En. Rabbani (HEP, KTD) dan juga Pn. Mumtazah (Pensyarah, KTD) di Losong, Terengganu. Alhamdulillah, kedua-dua mempelai ini dah banyak memberikan kesan kepada diri ana sepanjang perkenalan dengan mereka berdua di alam Universiti dan juga alam kerjaya. Sangat aktif dalam Da'wah dan Tarbiyah dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri masing-masing. Murabbi dan Murabbiyah yang Dahsyat!
~Pengantin lelaki melayani tetamu~
~Bersama Mak Mertua~
~Murabbi dan Murabbiyah~
~3 Sahabat dari UTM~

Tidak lupa juga nak ucapkan tahniah dari kumpulan nasyid As-Solihin dari KTD yang telah membuat persembahan yang sangat baik di bawah kelolaan En. Zaini (Pengurus Selenggara, KTD) ketika menyerikan majlis walimatul urus ini.
~As-Solihin membuat persembahan~
~En. Zaini sentiasa memberikan yang terbaik~

Selepas solat zohor, kami bergerak pulang tetapi sebelum tu, kami sempat singgah di Perkampungan Keropok di Losong. Dan juga mengambil gambar Masjid Kristal(dari jauh). Tapi kami tertanya-tanya, kenapa buat 2 masjid yang berdekatan...terlalu berdekatan.~Terlalu dekat...ada 2 jemaah ker?~

Kami sampai di Kedah dalam pukul 3 pagi. Ana sampai rumah lebih kurang pukul 4 pagi. Jadi hanya ada 1 jam lebih untuk rest kerana nak pergi kerja plak pukul 7 pagi.

Jadi sepanjang perjalanan, banyak yang ana belajar. Antaranya ialah:
1. Jadikan setiap aktiviti kita terancang. Kami boleh ajer buat macam jalan-jalan biasa, tapi bila diformalkan, banyak yang kita dapat susun untuk berikan kita kesan dari sudut Tarbiyah.
2. Ukhuwah yang terbina makin kemas.
3. Sharing dari sudut tarbiyah berlaku sepanjang perjalanan. Meningkatkan syu'ur untuk berda'wah dan istiqamah di atas jalan ini.
4. ANA MAKIN SAYANG SAHABAT-SAHABAT ANA!

Jadi, buat yang lain, marilah kita jadikan setiap aktiviti kita bernilai di sisi Allah. Bukannya susah, cuma perlukan sedikit pengorbanan. Menyebut tentang pengorbanan, bagi jaulah ini, setiap peserta telah membuat pengorbanan dengan tontong (share) minyak. Alhamdulillah kami juga telah menerima sumbangan dari pihak HALUAN Kedah. Jazakallah khairan Kathira diucapkan di atas sokongan HALUAN.

Moga jaulah ini memberikan manfaat kepada semua. Nanti Insya Allah kita akan buat jaulah lagi...mungkin ke Johor ke..Pahang ke..atau mungkin luar negara seperti Indonesia!..insya Allah

Thursday, March 19, 2009

Seringkali kita....

Seringkali kita menginginkan
sebuah RUMAH yang hebat....
Ada kolam,
Ruang yang besar untuk seisi keluarga,
Hiasan dalaman yang cantik dan mewah,

Tetapi seringkali kita lupa....
Rumah kita di akhirat nanti,
Di SYURGA .....
atau
Di NERAKA .....
Tidak inginkah kita mendapatkan ISTANA-ISTANA di sana?

Maha Suci (Allah) yang jika dia menghendaki niscaya dijadikan-Nya bagimu yang lebih baik dari yang sedemikian, (yaitu) syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikan-Nya (pula) untukmu ISTANA-ISTANA.
(Al-Furqan: 10)




Seringkali kita menginginkan
Umur yang panjang...
Agar kita dapat bersukaria,
Bermain bermesra,
Menikmati nikmat dunia yang dikurniakan-Nya,
Hidupnya hanya sekali..
Mari kita enjoy!!
Begitulah kata-kata dalam sitcom PUTERI..

Tetapi kita seringkali lupa...
Hidup ini bukanlah yang abadi,
Kita tetap akan pergi,
Hidup yang kekal hanyalah di akhirat nanti,
Tidak mahukah kita hidup kekal abadi,
bersama Illahi?

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan di dunia ini (dibandingkan dengan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.
(At-Taubah: 38)

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki
(Al-'Imran:169)

Bersamalah kita jadikan dunia ini ladang untuk kita mencari tanah, menggembur, meracun, membaja, menanam, dan juga menjaga amal kita
supaya kita dapat menuai hasil kita nanti di akhirat sana.